? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, December 21, 2009

Bisa ku bicara pada malam?


Malam menjerkah lagi..
Bersama nyanyian sepi…
Malam,
Mengapa datang lagi…
Aku tak mahu bermimpi…
Malam,
Aku masih sakit lagi…
Mau ku menyendiri…
Terus disini,
Kerna ku masih terasa
Pedih yang kau beri.
Malam,
telah ku cuba berkali-kali,
tapi ku tak mampu tipu diri sendiri…
malam,
biar ku dihina begini,
biar ku tak rela..
tapi demi sebuah permintaan hati,
dari yang paling aku sayangi,
ku rela kau pergi…..
Malam…
ingin ku berhenti,
Jangan datang lagi,
Aku sakit lagi…
Aku pilu lagi…
Aku pedih lagi…
Malam,
Pergi! Pergi! Pergi!
Jangan ganggu aku lagi….
Ku menanti siang yang menyinari.


20 12 2009 1.17a.m

Thursday, December 17, 2009

Hayati 'Hijrah' penuh ERTI


‘Hijrah’ berasal daripada kalimah Arab yang bermakna berpindah dari satu daerah ke daerah lain.  Ia juga boleh menjelaskan perpindahan bersifat kejiwaan, rohani atau apa-apa jua situasi yang lebih abstrak daripada itu.  Apa yang penting, unsur yang perlu ada dalam erti kata berhijrah ialah berlakunya perubahan kedudukan berbanding tempat mahupun keadaan asalnya. 

Sebenarnya hijrah tidak mungkin terjadi tanpa apa-apa sebab yang mendesak. Seolah-olah kita tidak sedar akan keadaan asal kita sehigga berlakunya sesuatu yang membuat kita terfikir apakah yang terbaik untuk kita.  Apa pun, hijrah perlulah dihayati dengan pernuh erti.
Sesungguhnya hijrah amat perlu dalam kehidupan kita. Bermula sahaja kehidupan di muka bumi ini menuntut kita untuk berhijrah dan terus berhijrah dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Paling kurang sekadar untuk sesuap nasi sebagai usaha untuk hidup, apatah lagi dalam mencari kesenangan, keamanan, keadilan, kebahagiaan dan keselesaan. 
Terkenangku pada cara hidup lalu…. Istighfar aku menyesali menyusuri kejahilan itu.  Terkadang aku terfikir, bagaimana aku boleh begitu? Sedangkan, aku bukanlah begitu asalku. Mahuku menggeleng semahunya menolak semua itu. Benar, itu lah silapku… namun aku bersyukur, kerna Allah S.W.T masih menyayangi ku. Saat itu, aku tidak melepaskan peluang yang datang padaku… kerna aku tahu, andainya aku menolak… tidak mungkin akan ku temu lagi diriku ini.   Biar apa kata mereka… biarkan keadaan lalu. Maafkan ku.. Aku perbaiki. Insyaallah….
Dugaan demi dugaan…
Cabaran demi cabaran…
Dalam menyusuri kehidupan ini, aku faham bukanlah mudah…dugaan dan cabaran harus ku hadapi… ku imbas kembali… permulaan hingga kini… aku juga diuji.  Teringat kata teman ku Aminah…’Jika tuhan datangkan sesuatu yang baik pada kita… maka dia akan datangkan juga ujian pada kita, untuk menduga kita samaada kita sabar atau tidak melalui segalanya…’. Ya, kata-kata itu yang memberi semangat padaku.. bukan mudah melalui segalanya..menghadapi perlbagai karenah manusia melihat aku begini kini. Feedback yang baik , Alhamdulillah, terima kasih…dan yang tidak baik, juga terima kasih…aku kan tetap sabar. Kerna aku tahu, Allah sentiasa bersamaku..
Tenangnya kehidupan ini…
Mari semua, Cubalah datang dan rasai… jangan hanya melihat dari luar.. masuklah ke dalam lingkungan ini… cubalah kau hampiri.. Agamamu dan Tuhanmu. Kau pasti kan ketemu…
Sesuatu yang yang tak dapat di luahkan dengan kata-kata....
Syukur ku Padamu Ya Allah….ALHAMDULILLAH.. ALLAHU AKBAR!
Sesungguhnya perjalanan hidupku jauh lagi… langkah demi langkah akan ku lalui..
aku mahu bersamamu, Ya Allah.


Salam Ma’al Hijrah 1431…Semoga kita mendapat Kerberkatan dan Rahmat dari Allah S.W.T~ Hayati 'Hijrah' penuh erti.... 

mari hayati sama-sama bait-bait lagu Ma'al Hijrah ni....:) 


Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuanganHijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman..












Thursday, December 10, 2009

Perjalanan Mencari Erti



Salam ketemu:)

10 hari mencari erti, 10 hari mencari ketenangan diri, mencari jawapan persoalan yang dicari... Tempoh itu aku jelajahi dan terokai..macam2 ragam manusia aku temui... xkemana just round2 rumah family je...pastu jalan2 sambil perhatikan gelagat orang..dr Johor-KL-Shah Alam...mula2 g umah family angkatku.. kat Kangkar...saja2 bermalam disana. Bestnye melayan gelagat adik2 ku...heheee. Bukanla jauh dari U aku.. tp masa nak datang tu terhad..lagi2 untuk bermalam disana. Sekadar datang melawat disiang hari lepas kelas boleh la..Jadi, cuti2 ni aku pun ambil peluang kesana...Memang la pelik bila dah balik Ipoh leh plak g Johor balik..ada sesuatu yang kucari.

Dari sana, aku terus ke KL.. umah makngah la.. cadangnya mau ke Shah Alam je.. tp tiket bus kesana lewat sgt.. jadi aku terus je ke KL..Bestnye.. hari2 aku jalan2 sambil melayan karenah adik2 sepupu...Beberapa hari disana, aku pn ke rumah cik da (my aunt).. kat Shah Alam.. pengalaman macam2 la jugak.. ciap g tolong Cik Nan (my uncle la) g berniaga lg.. heheee

Sebenarnya, aku bukanla sekadar g ziarah family, tp aku mencari sesuatu.. aku ingin diri ku tahu, tentang realiti kehidupan. Aku tidak mahu lagi dibelenggu perkara-perkara yang menyakitkan..:)

Tempoh hari semasa disana sempat berkunjung ke kedai buku... saja bawa adik2 sepupu beli buku latihan masing2...aku terpandang buku berjudul 'Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia' karya Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni. Ada sesuatu yang buat ku tertarik untuk membaca karya ini...

Apa yang buat ku tertarik, kata-katanya.... "Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau". Belum tamat ku baca lagi, tp setakat ini...apa yang aku perolehi, cukup untuk wat aku balik menamatkan perjalanan aku selama 10 hari tersebut...'Bukankah purnama tersenyum simpul dan bintang-bintang bersorak riang? Lantas mengapa biarkan kegelisahan menjadi racun yang akan membunuhmu?'

Betapa pun keadaan penuh kegoncangan dan suasana sekeliling penuh dengan berbagai cabaran, bukanlah beerti perjuangan harus dihentikan, sebaliknya semua itu hendaklah dijadikan peringatan supaya sentiasa berhati-hati dan pandai mengawal keadaan supaya berpihak kepada kebenaran yang menjadi matlamat perjuangan. Lalu, kuatkanlah azam dan mantapkan sikap untuk menakluki segala hambatan yang menghalang di tengah haru-biru perjuangan.

'mudah-mudahan kesedihanku segera berakhir dan datanglah kebahagiaan sebagai gantinya' :)

Bukan tak boleh terima, tapi kata abg fiq..'lumut mudah melekat pada keadaan yang lembab' hehe lebih kurang camtu lah katenye... heheee memang pun...tp kadang2 je... bila tiba masa2 tertentu... xpe, aku kan perbaiki.

Biarkan yang telah berlalu dan jangan toleh belakang lagi...'berjalanlah tanpa henti'.. buat apa terus mengenang perkara yang telah berlaku. Jadikan pengajaran...memang pelbagai yang terjadi pada ku...ish3..tapi Siapa aku nak terus mengeluh begitu??? itu semua kan cabaran dan dugaan dalam kehidupan.. kan hidup perlu diteruskan..Senyuman untuk SEMUA :) REMPUH!!!

mOGA AKU teruskan dengan senyuman :)

p/s... teman2 yang berada sekitar aku disana jgn amik ati xberitau aku kesana.... lain kali insyaallah kita kuar same2 ramai2...haha 'maaf'.





ngan nurin n nadia




melayan karenah adik2 ku - makan bihun sup tulang......daging qurban..heheee



erm.... fresh!





ngn ijat n lin

peace!!!

heheeee



Architechtural value- Malaysia

gambo macam2 lagi lah...yang 3 gambo di atas, gambo adik2angkat kat Kangkar, Johore..yang lain gambo adik2 sepupu ku...ramai lagi adik sepupu ku..ada kesempatan, letak lg :)heheee

Thursday, November 26, 2009

Bicara Pengorbanan

 
PENGORBANAN :Istilah penuh erti. Penghayatannya bukan sekadar di musim IdulAdha ini... malah ertinya perlu dihayati sepanjang hidup ini..  Hakikatnya, pengorbanan adalah berlandaskan jiwa itu sendiri samaada ia menggambarkan niat sebenar dihati ataupun tidak.

Kita bisa lihat jelas erti pengorbanan dalam perbuatan.  Sanggup melakukan apa sahaja demi apa yang dicita kan, tidak kurang juga melakukan sesuatu perkara demi perasaannya terhadap seseorang malah kadangkala terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apatah lagi melibatkan perasaan orang lain. Biarpun kadangkala pengorbanannya langsung tidak dihiraukan atau mungkin disalah erti, tidak mengapalah...kerana yang mengerti hanyalah Allah S.W.T.

Bicara tantang pengorbanan, walau apa jua keadaan... hakikatnya sebuah pengorbanan itu perlu dilakukan dengan keIkhlasan. Tempoh hari tika berdiskusi dan berkongsi ilmu bersama teman-temanku, berbangkit hal keikhlasan ini. Ringkas lagi padat, 'Keikhlasan itu ibarat seekor semut hitam, diatas batu hitam dan diwaktu yang gelap'. Beerti keikhlasan itu sesuatu yang tidak dapat dilihat, yang tahu hanya Allah S.W.T. Berbalik pada pengorbanan, janganlah mengeluh kenapa pengorbanan kita tidak dihargai, tanpa ganjaran malah kadangkala timbul rasa tidak puas hati.

Sedarlah, bahawa kita hanya insan biasa, bersyukurlah apa yang ada, jagalah sebaiknya apa yang dikurniakan untuk kita. Dan ingatlah bahawa 'Ada Hikmah tiap apa yang terjadi keatas kita'. Dunia hanya sementara, selagi kita bersabar dan redha, sesuatu yang terbaik pasti menanti di akhirat kelak. Dan inilah suatu pengorbanan yang besar dalam hidup kita.

Yang pasti sebuah pengorbanan tiada ukuran untuk dinilai. oleh itu belajarlah berkorban untuk diri sendiri sebelum berkorban untuk orang lain… insya allah. :)

'Dialah yang telah memberikan kepada tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian memberinya petunjuk' (Thaha:50)

'........sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar' (Al-Anfal: 46)

'Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman' (Al-Hajj:38)

"Selamat Menyambut IdulAdha"




Tuesday, November 24, 2009

andai ku bisa....

 

 jika ku bisa berlari...., ku kan berlari tanpa henti hingga ku pasti...

apakah ku berlari meniggalkan sesuatu atau mengejarkan sesuatu..?

 

 

Berjalan mencari bunga yang harum..
tak pasti sudah sejauh mana jalan ditelusuri.

Tak sedar juga patah dahan yang dipijak..
mungkin kerana rapuhnya patahan itu.

Bila mahu akhirnya langkah ini..

Tersadung aku,
masih mampu bangun..
ketawa senyum..
 

kerna aku tak mahu semua gusar akan aku,

biar hanya aku yg tahu, adalah aku, hatiku.

mari angin hiburkan hati ku
biar aku tenang semula
biar alam juga tahu
..aku sentiasa sendiri..
 

 


-sepi-

 

Tuesday, November 10, 2009

Tidak ada sesuatu yg ditaqdirkan oleh Allah sesuatu yg Sia-sia...



Benar kata-kata ni....
tidak ada sesuatu yang ditaqdirkan oleh Allah sesuatu yang sia-sia..
tak kire la padaku atau sesape je...
semua yang terjadi ada hikmah disebaliknya..
tak denye suke-suke je Allah nak wat kite rase sakit kan...
tu semua kan ujian...

Biarpun kite nak wat benda baik kan...
ade je ujian kan...
biar pun kadang kala kesabaran tergugat,
tapi keegoan perlu diruntuhkan...
tak pe... sabo...
percayalah,
akan ada kemanisan disebalik kepahitan..
insyaAllah...

yang penting kene lah sabar kan...
bukankah "Sabar Itu Separuh Dari Iman "
heheeee



Saturday, November 7, 2009

Good Bye :)

jUst to say Good Bye...
erm..tiba masenye,izinkan hatiku berbicara...
aku juga punya perasaan.
tp tak pe, terima sebagai ujian Allah..
terima dengan sabar dan redha kan....


Jika itu
membuat Mu senang,
Maka Luka ini
sama sekali tidak menyakitkan...
Jika ia memang membuatMu Redha...

Jika Keredhaan Mu
Menghendaki aku begitu,
maka...Selamat Tinggal Perasaan itu.


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :
"....dan aku bersegera kepadaMu Ya Tuhanku, agar supaya Engkau redha (kepadaku)"
(Thaha : 84)


Renungan :
sabda Rasulullah,
"kenalilah Allah saat anda senang, nescaya Allah akan mengenali anda saat anda susah"
(Al- Hadith)

Friday, October 30, 2009

H A T I : letaknya di sini!







Kepingan itu kukutip kembali…


Berderai!  Hancur! Dan ada diantaranya mejadi debu…


Kukutip satu per satu,


Lalu Kucantum kembali menjadi sebuah hati,


Berhati-hati dengan sentuhan paling halus.


Agar ia tak pecah lagi…


Juga tidak terluka dek bisa tajamnya bagai derai kaca…


Tp debu itu ku biarkan pergi…


Kerana ia tak bisa lagi


Kutempatkan menjadi sebuah hati.


Biarkan ia berlalu pergi..


Dan kutinggalkan ruang membentuk hati itu,


Untuk di isi dan diubati menjadi hati yang sempurna kembali….





"Bukan menutup tp meLapIsi, bukan meLepAsi tp memPerbaiki, bukan menolak tp menApisi, bukan menIpisi tapi mengHadapi..."








Friday, October 9, 2009

mengatur langkah

Langkah demi langkah,
Aku terus maju,
Tanpa menoleh apakah itu…
Tanpa menoleh masa lalu
Tanpa mengira gerak waktu
Yang aku perlu tahu,
Langkahku perlu terus maju,
Dan laju.

Berbekalkan keredhaan mu Ya Allah~
Tuhan..kubisikkan,kerinduan,keinsafan,pengharapan....semoga cintaku bukan palsu~

" Wahai Tuhanku, seharusnya HambaMu ini Tidak layak menjadi penghuni Syurga Firdaus, tetapi aku tidak tahan untuk menghadapi siksaanMu di dalam api neraka Jahanam,Maka oleh kerana itu Ya Allah , terimalah taubat ku dan ampunkanlah dosa-dosaku.Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang mengampunkan dosa-dosa besar"

Ya Allah.....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya padaMu…
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu…

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut padaMu...
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Janganlah biarkan aku tertatih dn terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu…

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
malupakan aku pada cinta hakiki dan
rindu abadi hanya kepadaMu…

Amin..

"Dan(ingatlah kisah)Zakaria, ketika dia berdoa kepada Tuhannya, "Ya Tuhanku..janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan)dan Engkaulah ahli waris yang tebaik""
- Surah Al-Anbiya' ayat 89-

Tuesday, September 29, 2009

ALLAH THE ALMIGHTY



Allah the One and Only God
Allah swt created all that we have...


Pelihara Hatiku Ya Allah~




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengsih Lagi Maha Penyayang

Tika langkah ku pincang,
Kau Tunjukkan Jalan Pulang...
Tika ku terjatuh dan tejunam,
Kau Sambut dan Beri Kekuatan...
Tika ku terhantuk dan terluka,
Kau Berikan Penawar yang Tenang...
Tika ku tercari-cari sesuatu yang hilang,
Kau Berikan Cahaya dan Suatu Kepastian... 

 Ya Allah Ya Tuhanku,
peliharalah hatiku...peliharalah Iman ku..
Jangan Kau pesongkan hatiku
setelah Kau berikan Hidayah Mu
padaku...

Tuhan, hati ini ku serahkan untukmu,
telah ku serahkan Segalanya untuk Mu

Cinta ku untukmu Mu

maka peliharalah hatiku dari bisikan syaitan dan nafsu..
mengajak mencintai makhlukmu lebih dari Mu

walau sesaat..

walau sedetik..

Pelihara hatiku Ya Allah..
dari segala kegelapan

Pinta ku Ya Allah,
Jadikan ku Anak yang solehah
Isteri yang solehah
dan
Ibu yang Mithali

moga dapat aku dapat melalui
tiap detik
tiap saat
adalah dari Keberkatan Mu..

Hati ku, betapa sukar untukku mengawalmu..
Tetaplah wahai hatiku..
Tetaplah wahai hatiku..

buat adik-adik ku,
sahabat-sahabatku,
atau kamu semua

pernah ku melalui saat sakit itu
dan aku tidak akan merelakan kamu semua
merasai kesakitan itu.....
lalu ku coretkan
bingkisan bekalan dariku

agar kau tahu,
Nikmat indahnya cebisan Cinta Tuhan itu...



Wednesday, September 23, 2009

LIGHTING THE WORLD

Hehee.. why am I talking about light?
I wish to be like a light..




Shine like a sun



Bright like a moonlight



Blinking like a stars



Having 7 colours like a rainbow


all about light..come to light the world..from the darkness to brightness..
just like my name, Nurul Liyana ~ Cahaya Kehalusan..

I wish to light the life who's peoples that I love...~my family, my friends and who's people that love me sincerely..
for my appreciation to them... :)
 


Monday, September 21, 2009

Pemilik Nyawaku...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum...

Let us comprehend fully and contemplate this lyric together...

Wahai pemilik nyawaku...
Betapa Lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

*Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu