? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 17, 2009

Hayati 'Hijrah' penuh ERTI


‘Hijrah’ berasal daripada kalimah Arab yang bermakna berpindah dari satu daerah ke daerah lain.  Ia juga boleh menjelaskan perpindahan bersifat kejiwaan, rohani atau apa-apa jua situasi yang lebih abstrak daripada itu.  Apa yang penting, unsur yang perlu ada dalam erti kata berhijrah ialah berlakunya perubahan kedudukan berbanding tempat mahupun keadaan asalnya. 

Sebenarnya hijrah tidak mungkin terjadi tanpa apa-apa sebab yang mendesak. Seolah-olah kita tidak sedar akan keadaan asal kita sehigga berlakunya sesuatu yang membuat kita terfikir apakah yang terbaik untuk kita.  Apa pun, hijrah perlulah dihayati dengan pernuh erti.
Sesungguhnya hijrah amat perlu dalam kehidupan kita. Bermula sahaja kehidupan di muka bumi ini menuntut kita untuk berhijrah dan terus berhijrah dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Paling kurang sekadar untuk sesuap nasi sebagai usaha untuk hidup, apatah lagi dalam mencari kesenangan, keamanan, keadilan, kebahagiaan dan keselesaan. 
Terkenangku pada cara hidup lalu…. Istighfar aku menyesali menyusuri kejahilan itu.  Terkadang aku terfikir, bagaimana aku boleh begitu? Sedangkan, aku bukanlah begitu asalku. Mahuku menggeleng semahunya menolak semua itu. Benar, itu lah silapku… namun aku bersyukur, kerna Allah S.W.T masih menyayangi ku. Saat itu, aku tidak melepaskan peluang yang datang padaku… kerna aku tahu, andainya aku menolak… tidak mungkin akan ku temu lagi diriku ini.   Biar apa kata mereka… biarkan keadaan lalu. Maafkan ku.. Aku perbaiki. Insyaallah….
Dugaan demi dugaan…
Cabaran demi cabaran…
Dalam menyusuri kehidupan ini, aku faham bukanlah mudah…dugaan dan cabaran harus ku hadapi… ku imbas kembali… permulaan hingga kini… aku juga diuji.  Teringat kata teman ku Aminah…’Jika tuhan datangkan sesuatu yang baik pada kita… maka dia akan datangkan juga ujian pada kita, untuk menduga kita samaada kita sabar atau tidak melalui segalanya…’. Ya, kata-kata itu yang memberi semangat padaku.. bukan mudah melalui segalanya..menghadapi perlbagai karenah manusia melihat aku begini kini. Feedback yang baik , Alhamdulillah, terima kasih…dan yang tidak baik, juga terima kasih…aku kan tetap sabar. Kerna aku tahu, Allah sentiasa bersamaku..
Tenangnya kehidupan ini…
Mari semua, Cubalah datang dan rasai… jangan hanya melihat dari luar.. masuklah ke dalam lingkungan ini… cubalah kau hampiri.. Agamamu dan Tuhanmu. Kau pasti kan ketemu…
Sesuatu yang yang tak dapat di luahkan dengan kata-kata....
Syukur ku Padamu Ya Allah….ALHAMDULILLAH.. ALLAHU AKBAR!
Sesungguhnya perjalanan hidupku jauh lagi… langkah demi langkah akan ku lalui..
aku mahu bersamamu, Ya Allah.


Salam Ma’al Hijrah 1431…Semoga kita mendapat Kerberkatan dan Rahmat dari Allah S.W.T~ Hayati 'Hijrah' penuh erti.... 

mari hayati sama-sama bait-bait lagu Ma'al Hijrah ni....:) 


Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuanganHijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman..












0 comments: