Monday, December 21, 2009
Bisa ku bicara pada malam?
Posted by Colours of L I F E.. at 5:28 AM 0 comments
Thursday, December 17, 2009
Hayati 'Hijrah' penuh ERTI
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuanganHijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Posted by Colours of L I F E.. at 6:20 AM 0 comments
Thursday, December 10, 2009
Perjalanan Mencari Erti
Salam ketemu:)
10 hari mencari erti, 10 hari mencari ketenangan diri, mencari jawapan persoalan yang dicari... Tempoh itu aku jelajahi dan terokai..macam2 ragam manusia aku temui... xkemana just round2 rumah family je...pastu jalan2 sambil perhatikan gelagat orang..dr Johor-KL-Shah Alam...mula2 g umah family angkatku.. kat Kangkar...saja2 bermalam disana. Bestnye melayan gelagat adik2 ku...heheee. Bukanla jauh dari U aku.. tp masa nak datang tu terhad..lagi2 untuk bermalam disana. Sekadar datang melawat disiang hari lepas kelas boleh la..Jadi, cuti2 ni aku pun ambil peluang kesana...Memang la pelik bila dah balik Ipoh leh plak g Johor balik..ada sesuatu yang kucari.
Dari sana, aku terus ke KL.. umah makngah la.. cadangnya mau ke Shah Alam je.. tp tiket bus kesana lewat sgt.. jadi aku terus je ke KL..Bestnye.. hari2 aku jalan2 sambil melayan karenah adik2 sepupu...Beberapa hari disana, aku pn ke rumah cik da (my aunt).. kat Shah Alam.. pengalaman macam2 la jugak.. ciap g tolong Cik Nan (my uncle la) g berniaga lg.. heheee
Sebenarnya, aku bukanla sekadar g ziarah family, tp aku mencari sesuatu.. aku ingin diri ku tahu, tentang realiti kehidupan. Aku tidak mahu lagi dibelenggu perkara-perkara yang menyakitkan..:)
Tempoh hari semasa disana sempat berkunjung ke kedai buku... saja bawa adik2 sepupu beli buku latihan masing2...aku terpandang buku berjudul 'Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia' karya Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni. Ada sesuatu yang buat ku tertarik untuk membaca karya ini...
Apa yang buat ku tertarik, kata-katanya.... "Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau". Belum tamat ku baca lagi, tp setakat ini...apa yang aku perolehi, cukup untuk wat aku balik menamatkan perjalanan aku selama 10 hari tersebut...'Bukankah purnama tersenyum simpul dan bintang-bintang bersorak riang? Lantas mengapa biarkan kegelisahan menjadi racun yang akan membunuhmu?'
Betapa pun keadaan penuh kegoncangan dan suasana sekeliling penuh dengan berbagai cabaran, bukanlah beerti perjuangan harus dihentikan, sebaliknya semua itu hendaklah dijadikan peringatan supaya sentiasa berhati-hati dan pandai mengawal keadaan supaya berpihak kepada kebenaran yang menjadi matlamat perjuangan. Lalu, kuatkanlah azam dan mantapkan sikap untuk menakluki segala hambatan yang menghalang di tengah haru-biru perjuangan.
'mudah-mudahan kesedihanku segera berakhir dan datanglah kebahagiaan sebagai gantinya' :)
Bukan tak boleh terima, tapi kata abg fiq..'lumut mudah melekat pada keadaan yang lembab' hehe lebih kurang camtu lah katenye... heheee memang pun...tp kadang2 je... bila tiba masa2 tertentu... xpe, aku kan perbaiki.
Biarkan yang telah berlalu dan jangan toleh belakang lagi...'berjalanlah tanpa henti'.. buat apa terus mengenang perkara yang telah berlaku. Jadikan pengajaran...memang pelbagai yang terjadi pada ku...ish3..tapi Siapa aku nak terus mengeluh begitu??? itu semua kan cabaran dan dugaan dalam kehidupan.. kan hidup perlu diteruskan..Senyuman untuk SEMUA :) REMPUH!!!
mOGA AKU teruskan dengan senyuman :)
p/s... teman2 yang berada sekitar aku disana jgn amik ati xberitau aku kesana.... lain kali insyaallah kita kuar same2 ramai2...haha 'maaf'.
Posted by Colours of L I F E.. at 6:34 PM 0 comments
Thursday, November 26, 2009
Bicara Pengorbanan
PENGORBANAN :Istilah penuh erti. Penghayatannya bukan sekadar di musim IdulAdha ini... malah ertinya perlu dihayati sepanjang hidup ini.. Hakikatnya, pengorbanan adalah berlandaskan jiwa itu sendiri samaada ia menggambarkan niat sebenar dihati ataupun tidak.
Kita bisa lihat jelas erti pengorbanan dalam perbuatan. Sanggup melakukan apa sahaja demi apa yang dicita kan, tidak kurang juga melakukan sesuatu perkara demi perasaannya terhadap seseorang malah kadangkala terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apatah lagi melibatkan perasaan orang lain. Biarpun kadangkala pengorbanannya langsung tidak dihiraukan atau mungkin disalah erti, tidak mengapalah...kerana yang mengerti hanyalah Allah S.W.T.
Bicara tantang pengorbanan, walau apa jua keadaan... hakikatnya sebuah pengorbanan itu perlu dilakukan dengan keIkhlasan. Tempoh hari tika berdiskusi dan berkongsi ilmu bersama teman-temanku, berbangkit hal keikhlasan ini. Ringkas lagi padat, 'Keikhlasan itu ibarat seekor semut hitam, diatas batu hitam dan diwaktu yang gelap'. Beerti keikhlasan itu sesuatu yang tidak dapat dilihat, yang tahu hanya Allah S.W.T. Berbalik pada pengorbanan, janganlah mengeluh kenapa pengorbanan kita tidak dihargai, tanpa ganjaran malah kadangkala timbul rasa tidak puas hati.
Sedarlah, bahawa kita hanya insan biasa, bersyukurlah apa yang ada, jagalah sebaiknya apa yang dikurniakan untuk kita. Dan ingatlah bahawa 'Ada Hikmah tiap apa yang terjadi keatas kita'. Dunia hanya sementara, selagi kita bersabar dan redha, sesuatu yang terbaik pasti menanti di akhirat kelak. Dan inilah suatu pengorbanan yang besar dalam hidup kita.
Posted by Colours of L I F E.. at 12:28 AM 0 comments
Tuesday, November 24, 2009
andai ku bisa....
jika ku bisa berlari...., ku kan berlari tanpa henti hingga ku pasti...
apakah ku berlari meniggalkan sesuatu atau mengejarkan sesuatu..?
Berjalan mencari bunga yang harum..
tak pasti sudah sejauh mana jalan ditelusuri.
Tak sedar juga patah dahan yang dipijak..
mungkin kerana rapuhnya patahan itu.
Bila mahu akhirnya langkah ini..
Tersadung aku,
masih mampu bangun..
ketawa senyum..
kerna aku tak mahu semua gusar akan aku,
biar hanya aku yg tahu, adalah aku, hatiku.
mari angin hiburkan hati ku
biar aku tenang semula
biar alam juga tahu
..aku sentiasa sendiri..
-sepi-
Posted by Colours of L I F E.. at 11:35 AM 0 comments
Tuesday, November 10, 2009
Tidak ada sesuatu yg ditaqdirkan oleh Allah sesuatu yg Sia-sia...
Posted by Colours of L I F E.. at 3:52 PM 0 comments
Saturday, November 7, 2009
Good Bye :)
jUst to say Good Bye...
erm..tiba masenye,izinkan hatiku berbicara...
aku juga punya perasaan.
tp tak pe, terima sebagai ujian Allah..
terima dengan sabar dan redha kan....
Jika itu
membuat Mu senang,
Maka Luka ini
sama sekali tidak menyakitkan...
Jika ia memang membuatMu Redha...
Jika Keredhaan Mu
Menghendaki aku begitu,
maka...Selamat Tinggal Perasaan itu.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :
"....dan aku bersegera kepadaMu Ya Tuhanku, agar supaya Engkau redha (kepadaku)"
(Thaha : 84)
Renungan :
sabda Rasulullah,
"kenalilah Allah saat anda senang, nescaya Allah akan mengenali anda saat anda susah"
(Al- Hadith)
Posted by Colours of L I F E.. at 4:42 PM 0 comments











