? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 19, 2012

Sukar dimengerti....



Sukar dimengerti
Dalam hidup ini..
Apa yg terjadi
bagai mimpi ngeri
yang tak mungkin bisa di tebusi
walau nyawa jadi pengganti

Jalan penuh liku, onak ranjau dan berduri
Walau berdarah terhiris tertusuk belati
Teruskan hidup ikhlas sepenuh hati
hanya TAUBAT pendinding diri,
mengertilah..

semua ini,
Adalah suratan ilahi..

9oGos 2008 -11.46 a.m.

Assalamualaikum, apa khabar iman? =) erm terjumpa karya lama pulak.huu. 'Jalan penuh liku, onak ranjau dan berduri' 2008-2012...... 4tahun dah pun kan. sakitnya masih terasa. dan masih tercari-cari kebahagiaan yang diimpi. dan sesungguhnya janji ALLAH itu pasti. jadi seharusnya aku terus bersabar menanti =P

kerana....

semua ini , adalah suratan ilahi...... urm ( '_" ) 

haiyaaa nurul liyana... kasi senyum sikit lor.... ini macam =)

TARIKH CANTIK

12-12-12 cantik, tapi peristiwa tak cantik. sedih~ adalah peristiwa yang buat aku banyak bersabar karenah adik ku. kemudian 14/12/12 bersamaan 1/2/34 tahun hijrah. jumaat penghulu hari pulak tu. subhanallah. dan hari kejadian aku ade program PROTAPAS. in sha allah ada kesempatan ku ceritakan. 




20-12-2012

ini hari tarikh pun cantik.peristiwa macam biasa-biasa saja. cuma malam tadi g Taman Jati, Ipoh dengan Pak Mat Sabu bagi talk pencerahan yang jelas. Moga-moga minda penduduk Tambuh tu terbuka untuk pangkah Hijau.hehee direct je aku ni. This is my blog. so, suka aku la.lalalaa.... aku g ngan hani. ye la siapa lagi mau teman aku dalam arena ini.....huuhu. best woo arena ni. (politik) napelah kalian tak minat.sedangkan ia sebahagian dari kehidupan. aku? kuli-kuli sahaja~ =)

sebab dekat akhirat nanti Allah tak tanya pun jawatan apa. yang dihitung itu usaha apa yang kau bantu untuk tolong kemenangan Islam?  kita buka sirah :

DARIPADA Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas) katanya: “Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil’.” (Hadis riwayat Muslim) 

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali. Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. 


Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.” 

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan). 



erm, jadi boleh nampak tak apa yang cuba ku sampaikan? Jadi, jangan halang aku. asalkan aku tak buat perkara kemaksiatan atau yang melanggar syariat Islam. =)





Thursday, November 29, 2012

.;;kOMPilaSi;;.


DOA~


Ada


sesuatu

yang bikin jiwa kau terbang

menerobus jauh langit teratas
tiada terhijabnya
itu - DOA~


Assalamualaikum =) lama tak berkarya, lama juga x menulis blog ni. kesibukan merentasi dunia kehidupan penuh pancaroba tu yang aku tak sempat menulis ni. macam-macam terjadi~ Harini, dah 17hari usia ku dah jadi 26 ( ikut tahun la) kalau ikut tahun Hijrah aku dah 27 pun. wah gitu! tua~ urm.... ya tua.... bila usia tidak digunakan sebaiknya. rasa banyak lagi kelompangan masa yang tidak terisi dengan baik sekali. belum ditambah dengan melakukan perkara yang sia-sia....Ya ALLAH... ampuni aku. terlalu banyak aku membazir.... moga-moga hari ini dan berikutnya dapat diisi dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat. yang penting segalanya harus diniatkan KERANA ALLAH.

JANJI?

kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahgiaan hakiki....~ 'demi sebuah janji'

janji ku pada dia, janjiku pada diriku dan kerana percaya pada janji ALLAH...

bila dikenang, kosong! aku blur. aku serahkan segalanya pada ALLAH yang Maha Kuasa. biar apa yang terjadi, moga aku tetap disini..... aku takut sangat hadapi hari muka yang makin menguji. Soal ni bukan boleh dibuat main-main.tapi Hanya ALLAH yang tau bagaimana harus ku hadapi. seorang demi seorang patah hati kerana tuntutan hati yang tak mampu aku tunaikan. hanya yang ku boleh katakan, 'demi sebuah janji..."
Aku akan terus berdoa dan menyerahkan kepada ALLAH segalanya~ kerana DIA lah yang menentukan segala~
aku bersyukur apa ada ku....moga dikurniakan seorang suami yang soleh. 

Seorang sahabat tanya pada ku 'yna  nak hadiah besday apa? nanti ki hantarkan....cakap je. aku jawab....'Suami soleh'..... xdelah, bergurau je. hadiahkan yna Al-Fatihah je...." dia diam..... membisu seketika, "takpelah... nnti ki doakan yna dapat suami soleh ya...bukan je al-fatihah..nak surah yassin pn leh."


SERAHKAN SEGALA PADA DIA~

Tuliskan RANCANGANMU dengan PENSIL...kemudian serahkan PEMADAMNYA kepada ALLAH...izinkan ALLAH memadam bahagian yang BUKAN ditakdirkan untukmu,dan MENGGANTIKANNYA dengan rancangan yang lebih BAIK...kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya~ 

.::thanks ya frenZ'..I'll always remember these words and forGive me...maafkan ku~ ::.

maaf, aku tak mampu berbuat apa-apa melainkan dengan kuasaNya. maaf sahabat, maaf seribu kali maaf andai sakit yang kau rasa~.... aku bukan sengaja. sebuah kehidupan yang tak bisa diubah dengan hanya kata-kata. 


kalau benar jodoh, tak kemana...kalau tiada... moga ALLAH kurniakan yang lebih terbaik buat kita~  

aku suka cara seorang sahabat berbicara... "saya hormati keputusan awak untuk pelihara persahabatan kita"~  sahabat, tiada bicara seindah bahasa untuk kuluahkan dengan kata-kata... hanya doa buat kalian, moga dapat yang sebaiknya.... untuk ku?... serah segala pada ALLAH.


Bila engkau memandang sesuatu dari Tuhanmu… yang menciptakan segalanya… yang menjadikan sakit hatimu… yang membuatkan keinginanmu terhalang… serta menyusahkan hidupmu… pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH sengaja mentaqdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia..?

Bukan ALLAH tidak tahu akan deritanya hatimu… retaknya hatimu… sengsaranya hatimu…

tapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu hati sebeginilah selalunya lebih lunak,
dan mudah untuk akrab dan dekat dengan-Nya…


sempurna...cerita yang tak sempurna...bahasaku mungkin tidak seindah lafaz kata pujangga :: bicara hanyalah dalam doa, yang dipanjat pada yang Esa...Ya Tuhan ku, Jagalah diri ini menempuh hidup ::


'UNTUK DIA'

.:: Tak semudah seperti yang pernah terbayang...Tetaplah menjadi bintang dilangit...Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini ::. 
p a d i


‘kau impikan kejayaan, namun kau tak pernah melalui jalannya…
Sesungguhnya kapal itu tidak akan sekali belayar di atas padang pasir…’
-pujangga arab-

.::A J A R I   A K U::.


UNTUK AKU, UNTUK KAMU DAN KAMU KAMU.......

Ketika budi dihulur tidak dihargai janganlah kau bersedih, maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang ketulusan hati. Ketika usahamu dinilai insan lain tidak penting sama sekali, Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar keikhlasan dalam diri. Ketika hatimu terluka kekecewaan yang amat dalam, Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang memaafkan. Ketika kau sering dilanda resah 
…dan kecewa, Maka yakinlah di saat itu kau sedang belajar tentang kesungguhan. Ketika kau merasa sepi dan sendiri melanda hatimu, Maka yakinlah di saat itu kau sedang belajar tentang keteguhan. Ketika kau harus membayar perbelanjaan yang sebenarnya tidak perlu kau tanggung, Maka yakinlah di saat itu kau sedang belajar tentang kemurahan hati….dan ingatlah... ketika kau diuji dan terus diuji…teguhlah berdiri kerana ALLAH sedang mengajarmu pada siapa harus lebih kau cintai~

Tuesday, January 10, 2012

aku rindu ALLAH....

Rindu ALLAH

Aku rindu ALLAH
Aku rindu menangis
Aku rindu bersujud
Aku rindu berdoa
Aku rindu berharap
Aku rindu bermuhasabah

Aku rindu saat-saat aku berkeluh kesah pada ALLAH
Aku rindu saat-saat aku bergantung pada ALLAH
Aku rindu saat-saat aku menyesali semua kekhilafanku
Aku rindu saat-saat aku merasa dekat sekali dengan ALLAH
Aku rindu saat-saat aku lemah dan berharap pada ALLAH
Aku rindu saat-saat aku merasakan kebesaran ALLAH

Aku rindu ALLAH
Aku rindu ALLAH
Aku rindu ALLAH

 -source:ayu-

"Sesungguhnya dalam penciptan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat ALLAH sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Rabbana, tidaklah Engkau Menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka"

Berhati-hati dengan doamu...

Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN kerana setiap yang payah pasti ada KESENANGAN. Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG. Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.  
~credit to Liza Yusof, my dear friend ;)
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”

(Surah Al Ankabut: 2)
♥ Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah "
(QS 36 : 82).

♥ Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”.
اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

♥ Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ”
(QS 13 : 28).

♥ Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersame dengan kita "
(QS 9 : 40).

Tiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya kan…?
Dan tiap yang di Impikan perlu diusahakan…
Gunalah formula kejayaan ------>> USAHA+DOA+TAWAKAL = KEJAYAAN
Ya, benar…. Bukan mudah untuk Berjaya menggapai Impian
Menjadikan Mimpi jadi Kenyataan…
Tapi, Hanya Allah yang Maha Mengetahui, biar Dia tentukannya.
Tempoh hari kan…. teman seorang sahabat..gee ke rumah pakciknya di JB…
Sungguh, banyak yang kupelajari tentang erti sebuah kehidupan bersyariat.
 Aku tertarik dengan satu kisah yang pakCik gee cerita pada kami,
Ada seorang hamba Allah ni berdoa..”Ya Allah, aku haus…berikanlah aku minum yang banyak sangat, sehingga aku kenyang”… dan Doa yang dipohon itu pun dimakbulkan…
Suatu hari, dia ke laut, ditakdirkan dia terjatuh ke dalam lautan…dan seperti doanya… mau minum air yang banyak sangat… sehingga kenyang…minumlah semahu-mahunya. Tetapi, dia kelemasan dan akhirnya mati.
Masa tu, memang fikiranku sering terganggu. aku tercari-cari sebuah jawapan atas satu persoalan…. Mungkin Allah takdirkan aku dengar cerita ni dari untuk menjawab persoalan dihati.
Cuba hayati kisah ini….moralnya, pabila kita berdoa, tak perlulah terlalu detail.. Allah tahu berapa sukatan air yang terbaik buat dia. Samalah seperti doa-doa yang kita mohon..Allah tahu apa yang terbaik buat kita…bila doa kita tak dimakbulkan lagi, jangan mengeluh, jangan persoalkan mengapa...SABARlah dan terus berdoa kerana hanya Allah yang tahu bila saat dan ketikanya yang sesuai untuk doa kita dimakbulkan…berhati-hatilah dalam berdoa.... mungkin kita tak mampu pun nak lalui jika ia dimakbuklan sekarang.pasti ada hikmah... (peringatan buat diriku juga....)
Ya ALLAH….permudahkanlah segala urusan ku…
Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..

Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil.. ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..

Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.. Hidup ini indah jika bersama ALLAH


Subhanallah...Selamat Beramal...

BowLing dan Ukhuwah

07.01.2012 merakam sebuah kenangan buat aku dan sahabat-sahabat seangkatan...
Family Day telah berlangsung  di BP Mall... :)

Ukhuwah yang  terbina moga berkekalan hingga akhir usia....

bermula pada pada gerak kerja mencari hadiah-hadiah untuk sahabat-sahabat, buat hadiah bowling tu, main bowling sama-sama...hinggalah ke kemuncak... ucapan dan penyampaian hadiah....

Tahniah  & Takziah buat syila dan Hakim...jadilah pemimpin yang lebih baik dari apa yang aku lakukan (xde ape yang bagus pun dari diri ini...rase rendah diri jak wuuu) 

Buat sahabat yang menang tu, ana Senyum ucap Tahniah la ye :) ......Yna ni xmenang le... mane teror main bowling.haiyaaaaa :P

mase tukar-tukar hadiah tu kan.... dapat buku dari Atikah aripin... thanks ya :)

best sangat time ni... ye la kan, dah last-last ni...wuuu sedih je aku nak berucap pn. :( 

Saturday, December 17, 2011

Bisakah kita memaknai usia...

14 NoV 2011
::Bisakah kita memaknai usia::


Sebuah latar kehidupan
bukan hitungan angka,
tapi matematika amalan..
sejauh mana tingkatnya?
sebuah perjalanan jiwa,
mengatur langkah...
berjalan menghitung nafas,
Pandangan semesta,
Muhasabah yang belum selesai....
Syukur, nikmat yang meruah
anugerah yang melimpah
juga ujian yang singgah.
Ya Allah...
bimbing aku meniti takdir Mu,
dengan cahaya Kasih Mu.
ke Akhir tujuan di Jalan Mu.
untuk sampai ke pelantaran Redha Mu,
Ya Rabb.

Buat Mak dan Abah...TERIMA KASIH mengandungkan, melahirkan, membesarkan, mendidik, mengajar, menjaga, membiayai,  memanjakan, melindungi, memelihara....sume jenis la.... JASA Mak ngan Abah terlalu banyak.... tak terhitung.Moga ALLAH memberikan SEGALA yang terbaik buat Mak ngan Abah.... Yong Hanya mampu berdoa, selain berusaha menjadi anak yang solehah.....wuuu


::Suku Abad::

 Bisakah kita memaknai usia?
“Menjadi tua adalah keharusan namun menjadi dewasa adalah pilihan”
25 tahun suda... jangan salah teka lagi. bukan muda lg tau... tua suda aku ni :)
tu lah dok sekelas dengan mereka yang muda-muda.... 
bergaul dengan sahabat-sahabat yang panggil aku 'akak'

hehee klu tak dijelaskan, sebelum aku 'transform' dulu, jarang skali orang panggil aku 'akak'...
same je perempuan ke, lelaki ke....sebab ingat kita sebaya ke? atau tiada beza antara kita? ish-ishk teruknya aku....
sampai satu tahap aku bertegas juga membahasakan diriku 'akak' atas sebab-sebab tertentu ;) heheee 
untuk kebaikan bersama.... boleh kan gitu...
ok, isunya bukan itu.
Sudah suku abaD!

jadi, apa sudah kulakukan?apa pula yang telah kucapai?
sebenarnya, sedih...... dimana tahapku?

Rasionalnya,
erm... di usia 25 Tahun, aku masih berusaha menamatkan pengajian Degree.InsyaAllah pertengahan bulan Januari 2012 settle. dan dalam tempoh pengajian ini, aku telah berusaha menamatkan, mempelajari, meningkatkan beberapa perkara lain. InsyaAllah, ada peluang, aku ceritakan pengalaman-pengalaman itu.

Bagaimana pula Imanku?
Ya Allah...masih banyak yang perlu kupelajari dan perlu ku perbaiki.
bukan mudah 'menyusuri perjalanan Solaheh'. tapi aku cuba sedaya upaya....

Tapi yang paling ku ingat kata seorang Sahabat ku ini...."Apa yang dicapai tu tak terlalu penting, apa yang penting usaha untuk mencapai sesuatu...Yang telah lalu kita muhasabah, bertaubat jika sedar kesilapan dan jadikan peringatan dan pengajaran buat kamu. Apa pengajaran kamu dulu-dulu yang boleh di ambil sebagai pengajaran & peringatan boleh kongsikan dengan orang lain :)"  ......syukran jazilan kasiran ya....
 



::Terima Kasih Sahabat::
 TERHARU...
tak mampu diluah dengan kata-kata.... 
TERIMA KASIH buat Juju, Yuyu, Cik Yam, Syila & Cik Nab ....
siap buat surprise kat restoran 'Pinang Sebatang'..... 
adoi.....segan le....sume org tgk...ciap ade lilin2 plak..
belanje makan, ade kek merah bunga2 kuning lagi.... 
Ya Allah...memang tak sangka!
wuuu sedihnya...pasni kita dah jauh....
Perjuangan akak di kampus ini hampir ke penghujung...
akak tak kan lupa saat ni makan-makan ni...InsyaAllah.

Ya Allah.... Peliharalah sahabat-sahabat ku... 
gembirakanlah hati mereka sepertimana mereka mengembirakan hatiku....amin ...


Wednesday, November 2, 2011

Ya Allah..... sukarnya mentarbiyah hati...

Assalamualaikum....
lamanya blog ku menyepi...
banyak juga menulis sebenarnya...
tapi tak publish disini...
bila sahabat-sahabat sibuk suruh tulis blog, aku ketawa sendirian....
'sebenarnya, aku pun ada blog... tapi camni lah...jap tulis, jap idak. ish xistiqamah batui.hehehe '

mau kongsikan bersama....

Saat diuji dengan kepayahan,
Menangis tiada kesudahan,
Tekun mencari sebuah penyelesaian.
Terus-terusan momohon keampunan..
Namun saat dilimpahkan nikmat,
Lupa kita pada Tuhan…
terbuai dengan keindahan
alpa dalam memanjatkan kesyukuran…
sedarkah kita ?
bahawa nikmat juga satu bentuk UJIAN….
Jom kita muhasabah sama-sama :'Telah aku redha bahawa Allah Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku'... sejauh mana perlaksanaan dalam ucapan ku itu?  
Ya Allah..... sukarnya mentarbiyah hati...
Bila hati tawakal pada-NYA, ketenangan pasti menyinggah. Tersentuh akan nikmat kasih-NYA pada diri. Katakan pada hati, segalanya punya hikmah yang telah cantik di susun -NYA. Senyum lah selalu walau di uji, walau hati rasa tak mampu dengan ujian yang diberi. Kita perlukan-NYA lebih dari segala-galanya. Di mana DIA di hati? Carilah DIA disetiap langkah..." :)





Tuesday, February 22, 2011

...Cinta Cita...

...sebuah pelajaran tentang kehidupan, sebuah pengalaman memberi cabaran, sebuah pengajaran mencari pedoman...
Assalamualaikum...Salam Cinta Cita...
dari tempoh terakhir tulisan lalu hingga hari ni, banyak sangat perkara terjadi....
.::: HIKMAH PADA TIAP KEJADIAN :::.
aritu, patutla asik tertunda je perjalanan pulang ke kampus, rupanya adinda ku pulang dari kejauhan =) Alhamdulillah...biarpun masa pertemuan sangat pendek, tapi bersyukur sangat2...
.:: Saat Perjuangan ::.
Nota Cinta Gelombang Ungu...pilihanraya kampus kembali lagi... banyak pengalaman dalam cabaran..buat ku tersenyum pada tiap kejadian... dasat wooo... ske3... kali ini mmg hebat. Biarpun keputusannya bukan berpihak pada kemenangan pilihan. Tapi Pro-M tetap dengan gaya keunggulan... ;) ting!. Sesungguhnya percaturan Allah adalah yang terbaik. dan aku tidak bersedih kerana segala usaha telah dilakukan...tapi pasti ada kekurangan dimana2 bahagian.., doa dan tawakal telah ku panjatkan....hanya Allah yang berhak menentukan. Buat Amirul Hakmal Bin Jalil (calon yang ku cadangkan time hari pencalonan sampai 2 kali tu...), moga kamu tidak bersedih ya...ingat siapa yang lagi berkuasa, yang Maha Agung Maha Bijaksana mengatur tiap kejadian penuh hikmah.
 .::: Terima Kasih eli... :::.
memahami ku disaat memerlukan penjelasan...apa itu mehnah perjuangan. Tertekan dengan keadaan sekeliling, terhimpit oleh kesempitan dibalik perjuangan. Terima kasih merasionalkan kembali.... :
' Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?...Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.' (Al-Ankabut : 2-3)

dan kini.... yong bersemangat kembali =) ting!

Sunday, February 6, 2011

Warna-warni kehidupan



warna-warni kehidupan.....
sorot sebentar realiti kehidupan hari ini...


macam2 terjadi tadi... ishk3... hingga terpaksa menangguh perjalanan dari umah ke kampus.
bus oh bus~
senyum n sabo je lah. ada baiknya jugak. kebetulan dapat berita esok kelas cost estimating cancel. Alhamdulillah...tak la ponteng. hehee dan boleh hantar adik ke hostel kan... erm lain nya rasa adik g hostel. patut la mak ngan abah rase tak best. senyap sunyi je rasa rumah ni. Tapi tak mengapalah... semoga adik dapat yang terbaik disana... :)


"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."



Friday, February 4, 2011

Di balik cermin, cermin mimpi...Adalah realiti yang tidak kita sedari...

Terkadang langkah kita pincang...bagai terpukau bila terbuai oleh 'dunia ana yang punya'... Tapi apakah kita lupa bahawa ada yang memandang apa sahaja yang sedang dilakukan? dan apakah terlupa ada yang setia menemani mencatit dikiri dan kanan ? Astaghfirullahalazim..... beristighfar panjang bila tersedar. Ya Allah, lindungi aku.....
-Cerminan Diri-
Tatkala kudatangi sebuah cermin..
Tampak sesosok yang sangat lama kukenal dan sangat sering kulihat
Namun aneh,
Sesungguhnya aku belum mengenal siapa yang kulihat..
Tatkala kutatap wajahnya..
Hatiku bertanya,
Apakah wajah ini yang kelak akan bercahaya dan bersinar indah di syurga sana ?
Ataukah wajah ini yang akan hangus legam di neraka jahanam
Tatkala kutatap matanya,
Nanar hatiku bertanya,
Mata inikah yang akan menatap penuh kelazatan dan kerinduan..
Menatap Allah,
Menatap Rasulullah,
Menatap kekasih - kekasih Allah kelak ?
Ataukah mata ini yg terbeliak,
Melotot,
Menganga,
Terburai menatap neraka jahanam..
Akankah mata penuh maksiat ini akan menyelamatkan ?
Wahai mata,
Apakah gerangan yang kau tatap selama ini ?
Tatkala kutatap mulutnya,
Apakah mulut ini yg kelak akan mendesah penuh kerinduan...
Mengucap Lailaha ilallah saat malaikat maut datang menjemput ?
Ataukan menjadi mulut yang menganga
Dengan lidah menjulur,
Dengan lengking jeritan pilu yang akan mencopot sendi-sendi setiap pendengar ?
Ataukah mulut ini menjadi pemakan buah zaqum jahanam..
Yang getir penghangus,
Penghancur setiap usus !
Apakah gerangan yang engkau ucapkan wahai mulut yang malang ?
Berapa banyak dusta yang telah engkau ucapkan ?
Berapa banyak hati yang remuk dgn pisau kata - katamu yg menggiris tajam ?
Berapa banyak kata - kata manis semanis madu yg palsu engkau ucapkan utk menipu ?
Betapa jarang engkau jujur
Betapa langkanya engkau syahdu memohon agar Tuhan mengampunimu..
Tatkala kutatap tubuhku..
Apakah tubuh ini kelak yang akan penuh bercahaya..
Bersinar,
Bersukacita,
Bercengkerama di Syurga ?
Atau tubuh yang akan tercabik - cabik hancur,
Mendidih di dalam lahar membara jahanam,
Terpasung tanpa ampun,
Derita yang tak pernah berakhir..
Wahai tubuh,
Berapa banyak maksiat yang engkau lakukan ?
Berapa banyak orang - orang yg engkau zalimi dengan tubuhmu ?
Berapa banyak hamba - hamba Allah yang engkau tindas dengan kekuatanmu ?
Berapa banyak perindu pertolongan
Yang engkau acuhkan tanpa peduli padahal engkau mampu ?
Berapa banyak hak - hak yang engkau rampas ?
Ketika kutatap hai tubuh,
Seperti apa gerangan isi hatimu
Apakah isi hatimu sebagus kata katamu..
Atau sekotor daki-daki yang melekat di tubuhmu..
Apakah hatimu segagah ototmu
Atau selemah daun daun yg mudah rontok
Apakah hatimu seindah penampilanmu
Ataukah sebusuk kotoran-kotoranmu..
Betapa beda..
Betapa beda....
Apa yg tampak dan apa yang tersembunyi..
Aku telah tertipu,
Aku tertipu oleh topeng
Betapa yg kulihat selama ini hanyalah topeng,
Hanyalah topeng belaka !
Betapa pujian yang terhambur hanyalah memuji topeng.. !
Sedangkan aku.....
Hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus
Aku tertipu,
Aku malu Ya Allah..
Allah....
Selamatkan ku..
Amin ya Rabbal alamin.
-sumber: artikel iluvislam.com


Cinta sempurna

"Ya allah...pelihara diriku, Jangan biarkan ku terleka keenakan Dunia, Jangan biarkan ku terlupa janji Mu di Akhirat sana..Andai langkahku pincang, andai aku jatuh, aku lemah, aku derita dalam mencari redhamu..Kuatkanlah Semangatku. Sesungguhnya kau lebih mengerti tentangku. amin…"



Hidup itu pelajaran yang tidak berpenghujung...
Hidup itu bukan semuanya Sempurna...
Hidup pengajaran paling bermakna...

Langkah terus,
Jangan gentar halangan mendatang...
Jangan biar emosi mengawal keadaan,

REMPUH!!!


kerna aku tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna darimu...

Wednesday, February 2, 2011

Cukuplah Tuhan bagiku Maha Agung... Tiada di dalam hatiku kecuali ALLAH.

"LAILAHAILALLAH"


Tiada Tuhan melainkan ALLAH !


Sekian lama tidak mencoret di blog ni kan....  Salam Senyuman :)
Alhamdulillah.... aku masih terus menCintai Allah Yang SATU. Dan aku berdoa... moga hari-hari seterusnya aku Istiqamah dan mempertingkatkannya...
Tak dinafikan... memang pelbagai dugaan dan ujian buat ku. Ya Allah hanya DIA yang tahu. Betapa berat kaki ku melangkah melalui hari-hari yang sukar, dan kadangkala ada perkara seperti menghentak kepala ku yang bisa membuatku 'bingung' seketika. Penat tau, pening kepala... hingga seringkali membuat aku 'sakit'. Sampai selalu demam2...tapi wat tak tau je. kalau di ikut kan tak kemana..Tapi itu semua kan pejalanan yang perlu ditempuhi dan perlu diteruskan... Semuanya mengajar ku erti kehidupan. Dan Aku kan terus tersenyum biar menelan kepahitan atau kemasaman bak buah kedondong (kenangan bersama sahabat time kat Melaka... sabo je lah). Senyum macam ni :) ok x? 


Cukuplah Tuhan bagiku Maha Agung... Tiada di dalam hatiku kecuali ALLAH.


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)




Jadikan cintaku padaMu Ya Allah
Berhenti di titik ketaatan
Meloncati rasa suka dan tak suka
Karena aku tahu,
mentaatiMu dalam hal yang tak kusukai

adalah kepayahan, perjuangan, dan gelimang pahala
karena seringkali ketidaksukaanku,
hanyalah bagian dari ketidaktahuanku
-Salim A Fillah-


Cinta yang tak bisa diungkap dengan perkataan selain diriMu
tersemat abadi dilubuk hati hanya untuk Mu
yang tak dapat dijual beli 
dan tidak jua sama seperti yang lain.
Yang tidak ada kepura-puraan
Yang penuh kesetiaan 
Yang melekat dihatiku dengan sendirinya
Dan tidak dapat dipisahkan malah menambah kerinduan.

Sedar atau tidak, kadangkala apa yang kita tak suka tu kita dapat. Yang kita nak sangat tu tak dapat pulak kan... tapi ini lah hakikat... tiap apa yang terjadi telah ditentukan. Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Pasti ada hikmah tiap apa yang terjadi tu.
Memang la perit, sakit bila kita nak sesuatu tu tak dapat. Meraung la macam mana pun, kita tak kan dapat kalau itu bukan hak kita...
Jika kita menongkah arus, amik juga walau bukan pada haknya, ha! entah apa lah akibatnya nanti. Dan aku percaya... tiap yang telah diatur oleh Nya adalah yang paling Cantik untuk dilalui. Percayalah Pada Janji ALLAH~



semekarnya bunganya, setegar kelopaknya, seunik kejadiannya...
yna akan belajar dari mula... :)



Wednesday, June 9, 2010

Lukisan Kehidupan~


Perjalanan sebuah Kehidupan…panjang sekali..
Perjalanan yang penuh warna.
Hidup kan macam sebuah lukisan. Pelbagai corak, dan tiap manusia berbeza.  Ibaratnya ALLAH hanya beri kain putih pada kita. Terpulang la kita nak buat macam mana. Itulah realiti.
Terkadang bila ku sorot kembali perjalanan hidup yang dilalui, tak sedar mutiara kaca ini menitis membasahi pipi.
Terfikir ku bagaimana ALLAH bisa membuat jalan hidup ini penuh warna. Biar Suka biar duka perjalanan yang lalu, aku tetap sampai disini tika ini. Sukanya, manis sekali….Dukanya pahit tak terperi.
Sebenarnya, semuanya telah telah terlukis indah.ALLAH Tuliskan di Luh Mahfudz.
Bagiku tiap lukisan itu punya episod tersendiri. Aku baru melukis hingga hampir episod  ke-24. Yang didalamnya terkandung pelbagai warna. Aku juga sedang melakar lukisan untuk hari ini dan merancang apa yang akan ku lukis untuk hari esok.
Moga esok lukisan ku lebih cantik dari hari ini…Insyaallah…