? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 14, 2010

Saat semuanya disini...


             Saat semua disini… jika di sorot kembali, tempoh 1 semester yang lalu… masyaAllah… pelbagai yang terjadi. Jatuh bangun ku, suka duka semua kurasa sehingga kutemu siapakah aku....melalui saat gembira… tapi di akhir  tempoh itu jatuhnya aku, bagaikan tersungkur .    Luka!, pedih! Sakitnya aku rasakan… hanya tuhan yang mengetahui. Namun segala yang tersimpul punyai hikmah yang tersendiri…Jangan mengandai apakah itu, terlalu kompleks untuk ku jelaskan. Mungkin juga bukan perkara yang kau tahu itu….     
Pengajaran penuh erti. Itu yang ku perolehi....Syukur ku masih disini dengan Rahmat Nya… masih di bawah lindungan Nya.  Bukanlah aku menulis untuk terus merasai kesakitan itu. Tapi ini juga caraku… agar aku terus tersedar dari mimpi realiti yang lalu.     
 ‘Aku suka melukis, namun tiada warna yang rela ku calitkan untuk menggambarkan perasaan itu’.
Dugaan dan cabaran yang berbagai benar-benar mengajar ku erti sebuah kesabaran dan ketabahan.  Erti sebuah kehidupan…     
“Namun segala yang terjadi ternyata ada hikmahnya.  Aku lebih rapat dengan Tuhanku…ALHAMDULILLAH.  Mungkin ini jalan untukku. Ya! Yang pasti. Aku lebih tenang disisi tuhanku. Disisi agama ku”
Aku ingin berlalu dari semester lepas dengan meninggalkan segala kesakitan, mengambil segala pelajaran dan meneruskan perjuangan yang masih belum Kesudahan…
Semoga semester ini akan memberi sinar padaku..
Ni adalah antara aktiviti-aktiviti yang ku join sepanjang semester lalu....
Tautan Warisan : kat Kangkar, Johor
2-6 Jun 2009
anjuran: Kelab Kaunseling dan Kerjaya UTHM (KKDK)
program ni time cuti pjg dulu..tempoh 1 mgu,mcm2 aktiviti tau..dapat family angkat gak..besh! 
 
dlm masa yg sama, dijalankan PROPEC kat S.K.Ayer Hitam..adik-adik yang bijak-bijak belaka....:)  
bile ada free time, sibuk nak g kampung Parit Sagil...nak jalan-jalan kat bendang..heheee
heheee teringat pengalaman ni kan.. memang geli ati...time tu ngan mekda,ain, ayu n syed...
Minggu Haluan Siswa (MHS) sesi 2009/10 : UTHM
Jun-Julai 2009
Lepas program Tautan Warisan, time cuti tu gak join Minggu haluan Siswa..hehee best nye dapat kenal kawan-kawan baru gak..ada jugak jumpe kawan-kawan lama..sama ada penggerak MHS ataupun student baru..
 
time tu H1N1 tengah hangat! ha tak pasal-pasal kene pakai mask time pendaftaran...lagi-lagi time student foreigner daftar..wuuu~ lemas! hehee
macam-macam aktiviti gak time ni, mula tu persediaan untuk kami penggerak ni, 1 minggu..terus untuk student baru pulak 1 minggu...
 
 
 Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 : UTHM
18-19 Julai 2009
anjuran : KKDK dan Kementerian Sumber Manusia Malaysia
ni lah barisan AJK Protokol...
gerak kerja start dari cuti sem lagi... macam-macam keje kene buat..banyak pengalaman dapat...
Special thanks to my friends yang banyak bagi ruang padaku..ye la kan baru 1st time join protokol..serba serbi tak tau.
and, kenangan time tu memang la tak lupa, macih....Kamu.
 
 
Bergambar bersama VVIP YB. Senator Dato' Maznah Mazlan
Program First Year Beginning : Kolej Kediaman Perwira
24-26 Julai 2009
 
program ni untuk dak tahun1 yang baru masuk...diterajui dak tahun2
time ni join AJK Publisiti....ni lah Banner yang ku design..hehee
selain tu, tukang wat poster, flyers, announcements n others..
mak aih... dasat gak unit ni...mencabar kesabaran betui!
time tu keje ngan Ya, Siti, Hafiz... :) thanks sume...
and abis je program ni, puan pengetua suruh design banner Program Gading Emas.. anjuran Perwira gak..
ada masa lebih, jadi tolong je la...saje-saje :)
 
CMC bersama Junior 26 Julai 2009
anjuran : Construction Management Club (CMC)
 
program ni dijalankan sempena menyambut junior-junior baru...
Selamat Datang ke Construction Management...  :) wee~
Trip to Putrajaya- Putrajaya Floria (Flower and Garden Festival) and Taman Botani.
2nd August 2009
with 3rd year BPC student- subject Landscape
 
 
 at orchid garden~designed by Johore'
 
 Flower's paradise...heheee
 
 
at Taman Botani Putrajaya :)
Majlis Berbuka Puasa Dirimu Dihargai : UTHM
anjuran : Kolej Kediaman Perwira
30th August 2009
 
last semester aku AJK Biro Akademik dan Intelektual...sem ni plak join AJK First Year Beginning..
so, sempena menghargai, kolej pun invite la g majlis berbuka puase ni kan...ye eh? hahaa thanks :P
 
ni ngan As n Chuna...ngee...meja lain2...tp gatai dok same2...hahahaaaa lalalaa~
 
nice meals :) nyam nyam...
Kursus Landskap CIDB -6th September 2009
anjuran : Construction Industry Developement Board Malaysia (CIDB)
ada teori, ada praktikal, ada juga ujian....
 
Ni antara peserta.... :)
 
mak aih...sume angkat pasu....hahaaaa
yang ni posing je kije...wakakakaaa
~cik ct, cik salma, cik yana, cik ja~
ngee... gambo lg...
heheee nk tanam pokok penutup bumi ni ha...
 
ha... ni lah hasilnye....ada lg bahagian depan umah tu..
Trip to Malacca 13rd September 2009
with my roomates (Mek ah, Aida) n 2 jejaka ni.... Baim n Iwan..
sesaja jejalan... hehee mengimbau kenangan + melakar kenangan baru + bawak kwn2 jalan2...
 
 Muzium Baba n Nyonya..time ni Aida ade assignment Hubungan Etnik...
masuk la melawat..die wat kajian...
 
cam cover album lah plak kan... :
 
ni kat A'Famosa...
pastu sblum balik mkn Ikan bakar kat Umbai dlu..
Majlis Berbuka Puasa bersama Dr. Seow Ta Wee : Fakulti
14 September 2009
with our papa's ( Our P.A lah...) heheee
enjoy! Thanks Sir...
u'r very Sporting!
 
Sir ngn puteri2 nye..wahahaaa
 
 
ni plak putera2 nye... :P
Interviu Our Cupcake Supplier's for ECI : Zai Backery, Perserai Jojore.
4th October 2009
with imah, hani, Poh Hong, n Pravina
 
 
 
cake...
 during the interview session
heheee....promote?
then g makan Nasi Briyani Gum kat Perserai tu...Fuh! Best! ngeh ngeh...
CMC Annual Dinner : The Landmark Hotel, Batu Pahat.
Theme : G L A M O U R
8th October 2009
 
 
with Poh Hong
 
~kak ah, kak yan, kak da~
nakal2 :P
with junior 1 BPC
ni pun nakal2~
Senior + Junior : byk lg ni.... kang runtuh plak pentas kan..haha
PROFAST 
16th - 18 Oct 2009
Location : Impian Country Resort (IRC), Ulu Langat, Selangor
program asas fasilitator..
aku ni dah terbalik... dah join mcm2 jd fasi br amik kursus asas..wakakaaa
ni nk amik lesen je...n cr ilmu yang masih banyak kurang dlm diri ni...thanks all trainers :)
 
 ada apa dengan dagu?
 
ni lah dak group ku...
 
 
ngeh ngeh....
dok try teknik2 fotografi...hahaha
 
 
anthurium...one of my fav flower... cuba fikir apa yg istimewa?
hayati kejadiannya...unik!
Effective Communication (ECI) Final Presentation : 22 October 2009
We'r presented Our Bussines, Cupcakes.
Company name: Yummy Production
Members : Liyana, Poh Hong, Imah, Hani, Liza, Ara, Pravina
 
Special Thanks to Our Beloved Lecturer, Ms. Siti Aishah Akiah
n my friends, 1st year student, section 8. I'm happy and lucky to be with u all guys..:)
 
 nakal2 time!
 
hahahaaa presentation .. :P
don't ever ask me soalan pelik2 tau! ngeh ngeh
 
my design~ tag ...weee
our product : cupcakes with 3 flavor
straberry, chocolate, vanilla
our company's logo
design by Poh Hong, n convert to graphic : cik yana lah :P
Creative and Innovation exhibition (CNI) Crew : UTHM
22-23th October 2009
 time ni jd crew ngan Poh Hong, Hafiz n Simon
 
crew :)
with Poh Hong
 
besau nye tangan...
this is one of da product....tah main amik je ngeh ngeh...
ni group cik guchi punye ( izzati lah)...hahaa pinjam sat ye..
-friends-
ngn mek ah n iwan :)
Then, exam time...huhuuuu
 ni antara axtvt ku last sem.... best tau join2 menda2 ni...
as for me... mmg dah niat masuk U ni bukan sekadar cari ilmu (pelajaran tu) je,
tp mau cari apa menda baru yang boleh aku pelajari...
kan ilmu tu luas..so, jgn had kan pada 1 je..
kat cni, aku terus berkarya walau aku bukan lagi Architecture student...
kan ada byk lg media nk curahkan idea..
blajo ttp blajo...tak diabaikan..insyaAllah..
n walau apa yg terjadi, Aku Kan Terus Belajar Dari Apa Yang Terjadi :)
Salam Senyuman untuk SEMUA
-Salam 1 Malaysia-
 



Monday, December 21, 2009

Bisa ku bicara pada malam?


Malam menjerkah lagi..
Bersama nyanyian sepi…
Malam,
Mengapa datang lagi…
Aku tak mahu bermimpi…
Malam,
Aku masih sakit lagi…
Mau ku menyendiri…
Terus disini,
Kerna ku masih terasa
Pedih yang kau beri.
Malam,
telah ku cuba berkali-kali,
tapi ku tak mampu tipu diri sendiri…
malam,
biar ku dihina begini,
biar ku tak rela..
tapi demi sebuah permintaan hati,
dari yang paling aku sayangi,
ku rela kau pergi…..
Malam…
ingin ku berhenti,
Jangan datang lagi,
Aku sakit lagi…
Aku pilu lagi…
Aku pedih lagi…
Malam,
Pergi! Pergi! Pergi!
Jangan ganggu aku lagi….
Ku menanti siang yang menyinari.


20 12 2009 1.17a.m

Thursday, December 17, 2009

Hayati 'Hijrah' penuh ERTI


‘Hijrah’ berasal daripada kalimah Arab yang bermakna berpindah dari satu daerah ke daerah lain.  Ia juga boleh menjelaskan perpindahan bersifat kejiwaan, rohani atau apa-apa jua situasi yang lebih abstrak daripada itu.  Apa yang penting, unsur yang perlu ada dalam erti kata berhijrah ialah berlakunya perubahan kedudukan berbanding tempat mahupun keadaan asalnya. 

Sebenarnya hijrah tidak mungkin terjadi tanpa apa-apa sebab yang mendesak. Seolah-olah kita tidak sedar akan keadaan asal kita sehigga berlakunya sesuatu yang membuat kita terfikir apakah yang terbaik untuk kita.  Apa pun, hijrah perlulah dihayati dengan pernuh erti.
Sesungguhnya hijrah amat perlu dalam kehidupan kita. Bermula sahaja kehidupan di muka bumi ini menuntut kita untuk berhijrah dan terus berhijrah dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Paling kurang sekadar untuk sesuap nasi sebagai usaha untuk hidup, apatah lagi dalam mencari kesenangan, keamanan, keadilan, kebahagiaan dan keselesaan. 
Terkenangku pada cara hidup lalu…. Istighfar aku menyesali menyusuri kejahilan itu.  Terkadang aku terfikir, bagaimana aku boleh begitu? Sedangkan, aku bukanlah begitu asalku. Mahuku menggeleng semahunya menolak semua itu. Benar, itu lah silapku… namun aku bersyukur, kerna Allah S.W.T masih menyayangi ku. Saat itu, aku tidak melepaskan peluang yang datang padaku… kerna aku tahu, andainya aku menolak… tidak mungkin akan ku temu lagi diriku ini.   Biar apa kata mereka… biarkan keadaan lalu. Maafkan ku.. Aku perbaiki. Insyaallah….
Dugaan demi dugaan…
Cabaran demi cabaran…
Dalam menyusuri kehidupan ini, aku faham bukanlah mudah…dugaan dan cabaran harus ku hadapi… ku imbas kembali… permulaan hingga kini… aku juga diuji.  Teringat kata teman ku Aminah…’Jika tuhan datangkan sesuatu yang baik pada kita… maka dia akan datangkan juga ujian pada kita, untuk menduga kita samaada kita sabar atau tidak melalui segalanya…’. Ya, kata-kata itu yang memberi semangat padaku.. bukan mudah melalui segalanya..menghadapi perlbagai karenah manusia melihat aku begini kini. Feedback yang baik , Alhamdulillah, terima kasih…dan yang tidak baik, juga terima kasih…aku kan tetap sabar. Kerna aku tahu, Allah sentiasa bersamaku..
Tenangnya kehidupan ini…
Mari semua, Cubalah datang dan rasai… jangan hanya melihat dari luar.. masuklah ke dalam lingkungan ini… cubalah kau hampiri.. Agamamu dan Tuhanmu. Kau pasti kan ketemu…
Sesuatu yang yang tak dapat di luahkan dengan kata-kata....
Syukur ku Padamu Ya Allah….ALHAMDULILLAH.. ALLAHU AKBAR!
Sesungguhnya perjalanan hidupku jauh lagi… langkah demi langkah akan ku lalui..
aku mahu bersamamu, Ya Allah.


Salam Ma’al Hijrah 1431…Semoga kita mendapat Kerberkatan dan Rahmat dari Allah S.W.T~ Hayati 'Hijrah' penuh erti.... 

mari hayati sama-sama bait-bait lagu Ma'al Hijrah ni....:) 


Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuanganHijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman..












Thursday, December 10, 2009

Perjalanan Mencari Erti



Salam ketemu:)

10 hari mencari erti, 10 hari mencari ketenangan diri, mencari jawapan persoalan yang dicari... Tempoh itu aku jelajahi dan terokai..macam2 ragam manusia aku temui... xkemana just round2 rumah family je...pastu jalan2 sambil perhatikan gelagat orang..dr Johor-KL-Shah Alam...mula2 g umah family angkatku.. kat Kangkar...saja2 bermalam disana. Bestnye melayan gelagat adik2 ku...heheee. Bukanla jauh dari U aku.. tp masa nak datang tu terhad..lagi2 untuk bermalam disana. Sekadar datang melawat disiang hari lepas kelas boleh la..Jadi, cuti2 ni aku pun ambil peluang kesana...Memang la pelik bila dah balik Ipoh leh plak g Johor balik..ada sesuatu yang kucari.

Dari sana, aku terus ke KL.. umah makngah la.. cadangnya mau ke Shah Alam je.. tp tiket bus kesana lewat sgt.. jadi aku terus je ke KL..Bestnye.. hari2 aku jalan2 sambil melayan karenah adik2 sepupu...Beberapa hari disana, aku pn ke rumah cik da (my aunt).. kat Shah Alam.. pengalaman macam2 la jugak.. ciap g tolong Cik Nan (my uncle la) g berniaga lg.. heheee

Sebenarnya, aku bukanla sekadar g ziarah family, tp aku mencari sesuatu.. aku ingin diri ku tahu, tentang realiti kehidupan. Aku tidak mahu lagi dibelenggu perkara-perkara yang menyakitkan..:)

Tempoh hari semasa disana sempat berkunjung ke kedai buku... saja bawa adik2 sepupu beli buku latihan masing2...aku terpandang buku berjudul 'Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia' karya Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni. Ada sesuatu yang buat ku tertarik untuk membaca karya ini...

Apa yang buat ku tertarik, kata-katanya.... "Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau". Belum tamat ku baca lagi, tp setakat ini...apa yang aku perolehi, cukup untuk wat aku balik menamatkan perjalanan aku selama 10 hari tersebut...'Bukankah purnama tersenyum simpul dan bintang-bintang bersorak riang? Lantas mengapa biarkan kegelisahan menjadi racun yang akan membunuhmu?'

Betapa pun keadaan penuh kegoncangan dan suasana sekeliling penuh dengan berbagai cabaran, bukanlah beerti perjuangan harus dihentikan, sebaliknya semua itu hendaklah dijadikan peringatan supaya sentiasa berhati-hati dan pandai mengawal keadaan supaya berpihak kepada kebenaran yang menjadi matlamat perjuangan. Lalu, kuatkanlah azam dan mantapkan sikap untuk menakluki segala hambatan yang menghalang di tengah haru-biru perjuangan.

'mudah-mudahan kesedihanku segera berakhir dan datanglah kebahagiaan sebagai gantinya' :)

Bukan tak boleh terima, tapi kata abg fiq..'lumut mudah melekat pada keadaan yang lembab' hehe lebih kurang camtu lah katenye... heheee memang pun...tp kadang2 je... bila tiba masa2 tertentu... xpe, aku kan perbaiki.

Biarkan yang telah berlalu dan jangan toleh belakang lagi...'berjalanlah tanpa henti'.. buat apa terus mengenang perkara yang telah berlaku. Jadikan pengajaran...memang pelbagai yang terjadi pada ku...ish3..tapi Siapa aku nak terus mengeluh begitu??? itu semua kan cabaran dan dugaan dalam kehidupan.. kan hidup perlu diteruskan..Senyuman untuk SEMUA :) REMPUH!!!

mOGA AKU teruskan dengan senyuman :)

p/s... teman2 yang berada sekitar aku disana jgn amik ati xberitau aku kesana.... lain kali insyaallah kita kuar same2 ramai2...haha 'maaf'.





ngan nurin n nadia




melayan karenah adik2 ku - makan bihun sup tulang......daging qurban..heheee



erm.... fresh!





ngn ijat n lin

peace!!!

heheeee



Architechtural value- Malaysia

gambo macam2 lagi lah...yang 3 gambo di atas, gambo adik2angkat kat Kangkar, Johore..yang lain gambo adik2 sepupu ku...ramai lagi adik sepupu ku..ada kesempatan, letak lg :)heheee