? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, January 10, 2012

Berhati-hati dengan doamu...

Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN kerana setiap yang payah pasti ada KESENANGAN. Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG. Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.  
~credit to Liza Yusof, my dear friend ;)
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”

(Surah Al Ankabut: 2)
Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah "
(QS 36 : 82).

Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”.
اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ”
(QS 13 : 28).

Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersame dengan kita "
(QS 9 : 40).

Tiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya kan…?
Dan tiap yang di Impikan perlu diusahakan
Gunalah formula kejayaan ------>> USAHA+DOA+TAWAKAL = KEJAYAAN
Ya, benar…. Bukan mudah untuk Berjaya menggapai Impian
Menjadikan Mimpi jadi Kenyataan…
Tapi, Hanya Allah yang Maha Mengetahui, biar Dia tentukannya.
Tempoh hari kan…. teman seorang sahabat..gee ke rumah pakciknya di JB…
Sungguh, banyak yang kupelajari tentang erti sebuah kehidupan bersyariat.
 Aku tertarik dengan satu kisah yang pakCik gee cerita pada kami,
Ada seorang hamba Allah ni berdoa..”Ya Allah, aku haus…berikanlah aku minum yang banyak sangat, sehingga aku kenyang”… dan Doa yang dipohon itu pun dimakbulkan…
Suatu hari, dia ke laut, ditakdirkan dia terjatuh ke dalam lautan…dan seperti doanya… mau minum air yang banyak sangat… sehingga kenyang…minumlah semahu-mahunya. Tetapi, dia kelemasan dan akhirnya mati.
Masa tu, memang fikiranku sering terganggu. aku tercari-cari sebuah jawapan atas satu persoalan…. Mungkin Allah takdirkan aku dengar cerita ni dari untuk menjawab persoalan dihati.
Cuba hayati kisah ini….moralnya, pabila kita berdoa, tak perlulah terlalu detail.. Allah tahu berapa sukatan air yang terbaik buat dia. Samalah seperti doa-doa yang kita mohon..Allah tahu apa yang terbaik buat kita…bila doa kita tak dimakbulkan lagi, jangan mengeluh, jangan persoalkan mengapa...SABARlah dan terus berdoa kerana hanya Allah yang tahu bila saat dan ketikanya yang sesuai untuk doa kita dimakbulkan…berhati-hatilah dalam berdoa.... mungkin kita tak mampu pun nak lalui jika ia dimakbuklan sekarang.pasti ada hikmah... (peringatan buat diriku juga....)
Ya ALLAH….permudahkanlah segala urusan ku…
Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..

Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil.. ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..

Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.. Hidup ini indah jika bersama ALLAH


Subhanallah...Selamat Beramal...

0 comments: