PENGORBANAN :Istilah penuh erti. Penghayatannya bukan sekadar di musim IdulAdha ini... malah ertinya perlu dihayati sepanjang hidup ini.. Hakikatnya, pengorbanan adalah berlandaskan jiwa itu sendiri samaada ia menggambarkan niat sebenar dihati ataupun tidak.
Kita bisa lihat jelas erti pengorbanan dalam perbuatan. Sanggup melakukan apa sahaja demi apa yang dicita kan, tidak kurang juga melakukan sesuatu perkara demi perasaannya terhadap seseorang malah kadangkala terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apatah lagi melibatkan perasaan orang lain. Biarpun kadangkala pengorbanannya langsung tidak dihiraukan atau mungkin disalah erti, tidak mengapalah...kerana yang mengerti hanyalah Allah S.W.T.
Bicara tantang pengorbanan, walau apa jua keadaan... hakikatnya sebuah pengorbanan itu perlu dilakukan dengan keIkhlasan. Tempoh hari tika berdiskusi dan berkongsi ilmu bersama teman-temanku, berbangkit hal keikhlasan ini. Ringkas lagi padat, 'Keikhlasan itu ibarat seekor semut hitam, diatas batu hitam dan diwaktu yang gelap'. Beerti keikhlasan itu sesuatu yang tidak dapat dilihat, yang tahu hanya Allah S.W.T. Berbalik pada pengorbanan, janganlah mengeluh kenapa pengorbanan kita tidak dihargai, tanpa ganjaran malah kadangkala timbul rasa tidak puas hati.
Sedarlah, bahawa kita hanya insan biasa, bersyukurlah apa yang ada, jagalah sebaiknya apa yang dikurniakan untuk kita. Dan ingatlah bahawa 'Ada Hikmah tiap apa yang terjadi keatas kita'. Dunia hanya sementara, selagi kita bersabar dan redha, sesuatu yang terbaik pasti menanti di akhirat kelak. Dan inilah suatu pengorbanan yang besar dalam hidup kita.
Thursday, November 26, 2009
Bicara Pengorbanan
'Dialah yang telah memberikan kepada tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian memberinya petunjuk' (Thaha:50)
'........sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar' (Al-Anfal: 46)
'Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman' (Al-Hajj:38)
"Selamat Menyambut IdulAdha"
Posted by Colours of L I F E.. at 12:28 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment