? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, June 9, 2010

Lukisan Kehidupan~


Perjalanan sebuah Kehidupan…panjang sekali..
Perjalanan yang penuh warna.
Hidup kan macam sebuah lukisan. Pelbagai corak, dan tiap manusia berbeza.  Ibaratnya ALLAH hanya beri kain putih pada kita. Terpulang la kita nak buat macam mana. Itulah realiti.
Terkadang bila ku sorot kembali perjalanan hidup yang dilalui, tak sedar mutiara kaca ini menitis membasahi pipi.
Terfikir ku bagaimana ALLAH bisa membuat jalan hidup ini penuh warna. Biar Suka biar duka perjalanan yang lalu, aku tetap sampai disini tika ini. Sukanya, manis sekali….Dukanya pahit tak terperi.
Sebenarnya, semuanya telah telah terlukis indah.ALLAH Tuliskan di Luh Mahfudz.
Bagiku tiap lukisan itu punya episod tersendiri. Aku baru melukis hingga hampir episod  ke-24. Yang didalamnya terkandung pelbagai warna. Aku juga sedang melakar lukisan untuk hari ini dan merancang apa yang akan ku lukis untuk hari esok.
Moga esok lukisan ku lebih cantik dari hari ini…Insyaallah…


Saturday, May 1, 2010

kERanaMu Ya Allah...

  
"Ya Allah,aku pencinta redhaMu..aku ingin hidup dalam kasihMu,syahid dalam medan jihadMu..Andai aku jatuh,aku lemah,aku derita dalam mencari redhaMu..Kau peliharalah aku,jagalah hatiku,kuatkanlah semangatku,suburilah dengan iman dan ikhlas.."



Ya Allah ya Tuhanku....
sungguh...
Tak kan pernah ku rela keranaMu,
Tak kan terjadi segalanya keranaMu...
Tak kan pernah ku tinggalkan segalanya keranaMu...
dan Tak kan ku begini HANYA KERANA MU.



Ya Allah...
pelihara hamba Mu ini Ya Allah...
Jangan biarkan ku terleka keenakan Dunia,
Jangan biarkan ku terlupa janji Mu di Akhirat sana.



Ya Allah Ya Tuhanku...
Dekatkan Hambamu ini denganMu,
Supaya ku sentiasa Istiqamah dalam Perjalanan Hidupku.



Ku MerinduiMu Ya Allah... 



Mencari Konklusi

ade Satu
PerSoalan yang slalu je wat aku pening...
sampai naik muak dengo~
Padaku, Langkah satu persatu...
Kerna jalan penuh liku...

Kekadang malas mau fikir..
banyak lagi mende leh fikir...
heheee....
Bukan tak mau,
Tapi Cubelah dok tempat ku...nguuu...

Semalam gi minum2 ngan pi..ikin temankan.(23 Apr 10)
sebab die nk grad dah...alahai xde dah pi kat cni...
Tak mengapa lah...
Moga Kau Berjaya di luar sana,
Berbahagia ngan SiDia yang kau Cinta ..heheee
dan Tabah mengharungi Liku-liku kehidupan :)
Kenangan time Program Zoom Bekok, Perkampungan orang Asli memang tak kan kulupa sampai bile2...
Sebab ctu lah kite kenal...nakal die ni..hehee (jangan mare eh pi)

hurm semalam dah kene 'basuh' ngan pi n ikin...nguuu
Persoalan yang same gak...
bUkan mudah tu nak runtuhkan 'Tembok' yang ku bina...
alahai rase payah je...tapi slowly k...

Mencari konklusi~
Persoalan demi persoalan timbul.
Betui la kate pi...nanti aku sendri yang rase tertanya-tanya...
hahahaa.... padan muka aku!
tapi malam ni aku lega la sikit
dalam banyak2 persoalan tu,
terjawab la yang sepatutnya setakat ni.

Tuesday, April 13, 2010

nOTA kEHidupaN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


Disebalik pintu Hati....

Boleh kiranya aku bicara disini...diruangan coretan hati.
erm...

'Segunung impian sebuah Harapan'.
namun bukan cara ku terburu-buru...
lakukanlah satu persatu...
'Tak kan lari gunung dikejar'
kerna aku ingin kau tahu,
aku bukan begitu.

ku pasti kau akan tahu mengapa Harus begitu.
sabarlah, beri masa.... 
maafkan ku.


ya Allah,tetapkan hatiku..
sering aku rasa hati ini dibolak balik...diuji..diduga..pintaku hanya tetapkanlah ia dimana yg terbaik padaMu untukku...
ya Allah aku takut...
berilah petunjuk padaku...agar terus ku berada dijalan Mu.


 " DUHAI KEKASIHKU, CUKUPLAH ENGKAU UNTUKKU ... BERILAH RAHMAT, SERTA KASIH DAN SAYANGMU PADAKU AGAR AKU SENTIASA DAPAT BERSAMA-SAMA DENGANMU ... SUNGGUH, SETIAP RELUNG HATIKU TELAH TERUNTUK BUATMU ... "

ya Allah....akan ku buka hati ini,
Hanya demi mu,
untuk ku lebih Menyintai Mu...


ya Allah kepadaMu ku harapkan keampunan dan keredhaan..kasih sayangMu....
apapun yg berlaku tetapkanlah hati ni pada tempatnya..pada yg terbaik untukku..
aku pohon ya Allah moga ku mampu menghadapi segalanya...AMIN





“Ya Allah yang memiliki segalanya,
andai diri ini bakal menyimpang dari landasan Mu Ya Allah..
maka Kau ambillah diri ini ketika masih berada dalam nikmat Islam…
andai diri ini suatu hari nanti ditakdirkan mungkin berpaling dari ajaran sebenar...
maka hamba Mu ini memohon agar
Kau jemput hati ini ketika masih mentauhidkan Mu Ya Allah..
dan kau kekalkanlah nikmat islam dan iman dalam sanubariku..
sehingga ke hembusan nafasku yang terakhir…”
aminn ya rabbal alamin..



Sunday, March 28, 2010

Segenggam Tabah erti keSabaran

Segenggam Tabah-In-Team

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya 


Assalamualaikum, Salam senyuman :) ....
Lama sudah tak tulis something here kan... kekangan masa...
ni pun dan lg tgh wat PSM dok taip ni...ish3 :)
erm... nape plak topik ni kan....
saje...muhasabah diri~ terhadap apa yg dilalui....
kadang rase cam ngengada plak dok pk lagi watpe kan?
tapi hakikat nya, "aKU juga Manusia....Manusia biasa.."
tak semudah yg disangka untuk hadapi segalanya.....

kekadang masih terlintas difikiran...
mana mungkin ku lupakan begitu sahaja~
bukan tak redha atas ketentuannya....
aku cuba dan terus mencuba...
memaafkan diriku~ biarlah aku jd yg bersalah itu...

dan pada sesiapa je yang pening ngan pendirian ku,
maafkan ku....,
biarlah....mungkin 1 masa kau akan faham 
mengapa harusku begitu~
kerna hati ku milik Penciptaku~ Yang Maha Esa~

bukan mudah utk ku hadapi segalanya....
aku tak mahu sume orang yang sayang aku, yg aku sayang, 
(family, adik2, sahabat2...) rase sikit pun sakitnya...
betapa aku menyayangi~

Ya Allah Ya Tuhanku, Ampuni aku, Pelihara Hati ku~


"demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3. 


Monday, February 8, 2010

kerna ku punya hati......

 


episod : tauladan sempadan
 ada masa dan ketika, kenangan itulah mengubat luka.. membuat kita tersenyum sendirian malahan terkadang menitis airmata, kerana ia sebuah kenangan yang datang menyapa hidup untuk dibuat tauladan atau sempadan.

 

Sunday, January 31, 2010

Ya Allah,Pelihara hatiku....




Saat aku disitu,
Cuba membuka sebuah pintu...
Yang terkunci mati
Mencari kekuatan diri
Tanpa sesuatu yang pasti.....

Ya Allah, Ya Tuhanku….


Pelihara hatiku…


Pelihara imanku….


Jangan kau pesongkan hatiku satelah kau berikan petunjuk untukku…


Ya Allah, Ya Tuhanku…


Kau lebih tahu diriku…
telah ku serahkan segalanya padamu..


Kerana ku tahu aku adalah milikmu…
 



” Ya Allah, campakkan fitrah cintaku, pada seorang adam yang mencintai diriku kerana Mu, yang hatinya mencintai diri Mu dari diriku, dan cintanya padaku hanyalah untuk mencari Redha Mu”

”Ya Allah, berikan aku petunjuk, pada sulbi siapakah yang telah kupinjamkan rusuknya. Yang akan aku gunakan sebagai ketaatan seorang mujahidah disisi mujahidnya, kelembutan seorang hawa pada adamnya dan kasih sayang seorang ibu pada anak-anaknya. Pelihara hatiku ini Ya Allah, berikan ia pada seseorang yang dicipta terbaik buat diriku, sebagai imam dalam solatku, tongkat bagi hidupku, mujahid bagi hatiku, amir dalam usrohku, ayah bagi anak-anakku, dan murobbi penyambung warisan tercinta.”

”Ya Allah, biarlah dia seekor kumbang yang sopan memasuki taman larangan dengan izin tuannya menyunting mawar idaman untuk dijadikan teman”

”Ya Allah, aku pohon pada Mu…. kecintaan seorang manusia yang menjaga akhlaknya, yang memelihara imannya dan istiqamah pada amalannya. Aku pohon Ya Allah dialah yang berjuang di jalan Mu, memegang bendera agama Mu dan menjadi tiang pada segala jihad Mu.”

”Ya ALLAH , jika dia ditakdirkan untukku, satukanlah hatinya dengan hatiku, tetapi andai dia bukan milikku, maka jauhkanlah hatinya dari hatiku dan gantilah dia dengan pilihanmu yang mungkin lebih baik daripadanya, lebih menjaga perilakunya, dan lebih mecintai Mu yang sesuai dengan diriku’

”AMIN.......YA RABBAL ALAMIN..
 
(source :mujahidah solehah)