? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 19, 2012

Sukar dimengerti....



Sukar dimengerti
Dalam hidup ini..
Apa yg terjadi
bagai mimpi ngeri
yang tak mungkin bisa di tebusi
walau nyawa jadi pengganti

Jalan penuh liku, onak ranjau dan berduri
Walau berdarah terhiris tertusuk belati
Teruskan hidup ikhlas sepenuh hati
hanya TAUBAT pendinding diri,
mengertilah..

semua ini,
Adalah suratan ilahi..

9oGos 2008 -11.46 a.m.

Assalamualaikum, apa khabar iman? =) erm terjumpa karya lama pulak.huu. 'Jalan penuh liku, onak ranjau dan berduri' 2008-2012...... 4tahun dah pun kan. sakitnya masih terasa. dan masih tercari-cari kebahagiaan yang diimpi. dan sesungguhnya janji ALLAH itu pasti. jadi seharusnya aku terus bersabar menanti =P

kerana....

semua ini , adalah suratan ilahi...... urm ( '_" ) 

haiyaaa nurul liyana... kasi senyum sikit lor.... ini macam =)

TARIKH CANTIK

12-12-12 cantik, tapi peristiwa tak cantik. sedih~ adalah peristiwa yang buat aku banyak bersabar karenah adik ku. kemudian 14/12/12 bersamaan 1/2/34 tahun hijrah. jumaat penghulu hari pulak tu. subhanallah. dan hari kejadian aku ade program PROTAPAS. in sha allah ada kesempatan ku ceritakan. 




20-12-2012

ini hari tarikh pun cantik.peristiwa macam biasa-biasa saja. cuma malam tadi g Taman Jati, Ipoh dengan Pak Mat Sabu bagi talk pencerahan yang jelas. Moga-moga minda penduduk Tambuh tu terbuka untuk pangkah Hijau.hehee direct je aku ni. This is my blog. so, suka aku la.lalalaa.... aku g ngan hani. ye la siapa lagi mau teman aku dalam arena ini.....huuhu. best woo arena ni. (politik) napelah kalian tak minat.sedangkan ia sebahagian dari kehidupan. aku? kuli-kuli sahaja~ =)

sebab dekat akhirat nanti Allah tak tanya pun jawatan apa. yang dihitung itu usaha apa yang kau bantu untuk tolong kemenangan Islam?  kita buka sirah :

DARIPADA Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas) katanya: “Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil’.” (Hadis riwayat Muslim) 

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali. Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. 


Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.” 

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan). 



erm, jadi boleh nampak tak apa yang cuba ku sampaikan? Jadi, jangan halang aku. asalkan aku tak buat perkara kemaksiatan atau yang melanggar syariat Islam. =)





0 comments: