Perjalanan sebuah Kehidupan…panjang sekali..
Perjalanan yang penuh warna.Hidup kan macam sebuah lukisan. Pelbagai corak, dan tiap manusia berbeza. Ibaratnya ALLAH hanya beri kain putih pada kita. Terpulang la kita nak buat macam mana. Itulah realiti.
Terkadang bila ku sorot kembali perjalanan hidup yang dilalui, tak sedar mutiara kaca ini menitis membasahi pipi.
Terfikir ku bagaimana ALLAH bisa membuat jalan hidup ini penuh warna. Biar Suka biar duka perjalanan yang lalu, aku tetap sampai disini tika ini. Sukanya, manis sekali….Dukanya pahit tak terperi.
Sebenarnya, semuanya telah telah terlukis indah.ALLAH Tuliskan di Luh Mahfudz.
Bagiku tiap lukisan itu punya episod tersendiri. Aku baru melukis hingga hampir episod ke-24. Yang didalamnya terkandung pelbagai warna. Aku juga sedang melakar lukisan untuk hari ini dan merancang apa yang akan ku lukis untuk hari esok.